DCMavCNo_UXHk-1FUWacCOpWJNs Tips Untuk Blogger Baru

Tips Untuk Blogger Baru

on Wednesday, June 12, 2013



Hai semua ..

Kalau belum biasa dengan dunia blog ni. Tidak ada salahnya korang baca ye?


Pertama. JANGAN GUNA BACKGROUND YANG BERANIMASI.
Faham kan ape yang aku cakapkan? Maksud aku jangan guna background yang bergerak2. Nanti sakit mata orang tengok tau? saya sendiri pernah guna background yg bergerak2. yelaa..dulu memang tak pandai sangat berblog ini. Masih cetek pengetahuan. aku bukanlah nak kata belog aku sekarang ini kemas , tapi sekurang-kurangnya oklah jugak. tidak gitu? Contoh background bergerak @ beranimasi:








Kedua. KORANG KENA PILIH WARNA TEMA UNTUK BELOG KORANG. pemilihan warna tema ini penting untuk menyejukkan mata pengunjung belog korang. Contohnya..macam aku ni la. aku pilih warna pink muda sebagai tema. korang pulak? sama ada purple ke. biru ke. hijau ke. suka ati korang la. yg penting mesti ada tema.

Ketiga. KORANG MESTI PANDAI UPDATE ENTRY YANG BEST. yg ini la aku sendiri pun tak dapat nak buat. susah taw nak update entry yg best? tapi..apapun korang kena berusaha buat entry yg best kalau nak ramai followers. jangan asyik nak cerita tentang masalah peribadi. bukan korang popular pun sampai orang nak baca cerita peribadi korang tu. tak salah pun sebenarnya. kalau nak tulis tentang hal peribadi...silakan. tapi jgn suruh orang follow belog korang ya?

Keempat. SELALU BLOGWALKING UNTUK MENAMBAH PENGALAMAN TENTANG DUNIA BLOG. cuba korang lawat setiap belog yang korang tahu. perhatikan cara dia tulis belog. cara ini sedikit sebanyak dapat bantu korang. ikut tutorial yg diorang bagi kalau korang rasa perlu.

Kelima. JANGAN GUNA BANYAK SINGKATAN DALAM ENTRY. yang ni jgn sesekali korang buat. sakit mata i tengok taw? hihi. contohnya, yang jadi y. ehh..macam2 lagilah. tak kuasa aku nak tulis. kalau boleh guna full words. baru sedap mata nak pandang. kan?

keenam. PASTIKAN KORANG ADA SHOUTBOX @ CHATBOX. yang ini penting supaya orang dapat beri komen tentang blog anda. Orang lain juga boleh tinggalkan apa2 pesanan untuk korang dengan mudah dan cepat, Daftar untuk chat box sekarang.! ala.. Senang aje itu. pergi link sini. chatbox.com

Antara beberapa syarat yg korang kena patuhi. senang je kan? hihi. lepas belog korang siap dgn sempurna , jangan lupa komen yea ..

Tips untuk Blogger yang Malas

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

My Blog List

 
© Sub MHakim Faiz All Rights Reserved