Tiada pembaca
Internet adalah tempat yang sangat besar, terdapat berbilion-bilion web maklumat, berjuta-juta blog dan anda sebahagian kecil daripada itu. Realistikkah jika anda menulis hanya beberapa post dan mengharapkan orang ramai akan berduyun-duyun datang kepada blog anda?
Pembaca blog mengambil masa, jika anda bernasib baik atau bijak anda mungkin mencapai pengunjung tetap dalam beberapa bulan, jika tidak ia akan mengambil masa bertahun. Kejayaan blog bukanlah suatu medan pecut, tetapi ianya bagaikan suatu larian marathon, dan anda perlu di dalamnya untuk jangka masa panjang. Jika ini adalah alasan anda untuk berhenti berblogging, saya ingin menggesa anda untuk berfikir tentang "bagaimana untuk meningkatkan trafik blog anda" sebelum menerima kegagalan.
Kekurangan pengetahuan
Kebanyakan orang boleh menulis kandungan yang baik tetapi meletakkan mereka dalam blog dengan cara yang menarik kepada orang ramai boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Kebanyakan blogger tidak dapat memikirkan titik permulaan. Mereka seolah-olah tidak mempunyai matlamat utama dalam fikiran mereka kerana mereka hanya berusaha untuk mendapatkan wang. Blogging adalah tentang perkongsian pengetahuan anda dan pandangan anda. Kita harus memastikan bahawa blog beliau adalah sentiasa dikemaskini.
Tidak dapat "cash out" duit
Ramai blogger baru telah datang menceburi dunia blog. Mereka berfikir bahawa blog adalah satu tugas yang mudah dan satu jalan pintas membuat duit. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ia hanya melalui kerja keras dan usaha yang konsisten.Blogging untuk wang adalah tidak mudah dan pastinya bukanlah satu proses yang cepat.
Kepercayaan adalah apa yang anda perlukan. Percaya bahawa anda mampu memberi saingan di dalam dunia blog. Jika anda menulis blog untuk duit, nasihat yang terbaik mampu saya beri adalah menulis artikel anda dengan jujur, dan apabila saya berkata tentang jujur bermakna anda sebenarnya perlu tahu perkara yang anda kaji dan tulis. Lama kelamaan orang akan mula untuk mempercayai pendapat dan cadangan anda, maka anda berpeluang untuk mendapatkan wang.
Tidak mampu menjana idea dalam penulisan
Blogger tidak mampu untuk berfikir, mengarang dan menulis walaupun hanya untuk pendahuluan. Abjad-abjad di atas keyboard ibarat melarikan diri dari anda. Akibatnya, blogger akan tertekan dan terus mengalah. Sedar atau tidak sebenarnya menulis memerlukan masa dan ketenangan. Jangan pernah sesekali menulis dalam keadaan tertekan, buntu dan marah. Ia akan mempengaruhi mutu penulisan anda, dan kebanyakan penulis yang menulis dalam keadaan begini akan menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak menggambarkan ciri-ciri penulisan yang baik.
INGATLAH
Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja, semakin dibakar oleh keadaan, semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai.
{ 3 comments... read them below or add one }
Yup cik akak nao mei , hehe..
June 20, 2013 at 12:29 AM
huhu tasneem pun dah kering idea. hasrat nak berhenti belog juga. T_T takde orang sudi baca belog tasnim. uwaaaa nak nangis kuat kuat. :'(
July 5, 2013 at 9:43 PM
yea tu, memang takut kan mula2 berbloging ni.. ada yang nk dan tak ada yang baca kita ponya ni ...
July 5, 2013 at 11:47 PM
Post a Comment