DCMavCNo_UXHk-1FUWacCOpWJNs 'Member-ku Hawa' kembali lagi


'Member-ku Hawa' kembali lagi

on Wednesday, June 12, 2013



Member-ku Hawa

Kotex® Member-ku Hawa Musim ke-2 yang disiarkan setiap Rabu bermula Jun 5, 2013 pada 10.00 malam di ASTRO RIA (Saluran ASTRO 104) dengan siaran ulangan setiap Ahad pada 6.30 petang, menjadi inspirasi untuk semua wanita di seluruh Malaysia. Drama ini bertujuan membangkitkan semangat dalam perjalanan harian wanita berkeyakinan di seluruh Malaysia, menggalakkan wanita bangkit berdepan dengan cabaran harian yang dihadapi dengan pendirian yang teguh sambil berani melangkah jauh untuk mencipta kejayaan individu masing-masing.


Member-ku Hawa

Dalam musim terbaru ini, watak utama Kay, (dilakonkan oleh Nad Zainal) dan watak baru Nur Hawa (dilakonkan oleh Siti Saleha) menampilkan wanita muda Malaysia yang menjadi wanita contoh yang berdepan cabaran hidup dengan sikap positif yang kental dan teguh dengan pendirian mereka.


Member-ku Hawa


Sepanjang setiap episod, watak mereka menunjukkan bagaimana mereka, sebagai wanita muda, bangkit menghadapi cabaran harian, pada masa yang sama sentiasa berusaha untuk mencapai lebih dalam kehidupan mereka. Untuk menekankan persahabatan antara Kay dan Nur Hawa bagi menunjukkan kepentingan jalinan persahabatan yang kukuh, satu video muzik yang baru untuk siri Member-ku Hawa berjudul Erti Kawan akan dilancarkan sempena pelancaran siri baru ini. Muzik video ini juga boleh dimuat turun secara percuma di laman Facebook rasmi Kotex®.



Member-ku Hawa

Pelakon-pelakon utama, Nad Zainal dan Siti Saleha yang membawa watak Kay dan Nur Hawa yang telah dilantik sebagai duta Kotex® pada tahun ini juga menekan kepentingan menjadi wanita contoh yang berkeyakinan.


Member-ku Hawa

“Maklumbalas yang kami terima menunjukkan tema dan watak amat mendapat sambutan penonton – tanpa mereka, tiadalah musim ke-2,” kata Nad Zainal. “Selain itu, setiap episod memaparkan mesej yang jelas tentang keyakinan feminin. Melakonkan watak Kay dalam siri ini telah banyak membantu dalam tugas saya sebagai duta Kotex®. Kini saya lebih yakin dan merasakan yang saya dapat mencapai semua yang diinginkan. Paling penting, saya rasa bangga untuk dapat memainkan peranan dalam membantu memperkasakan wanita muda Malaysia melalui musim terbaru Kotex® Member-ku Hawa!”


Member-ku Hawa
Pelakon baru Siti Saleha menambah,”Membawa watak seseorang yang yakin dan positif seperti Nur Hawa amat menggembirakan kerana dia seorang gadis kampong yang sederhana, yang terpaksa mempelajari hakikat kehidupan dengan cepat. Ini amat penting kepada kebanyakan wanita muda di luar sana yang sama seperti Nur Hawa; oleh itu, mereka boleh merasai apa yang dialaminya. Saya sungguh teruja dan bangga dapat menyertai Nad sebagai duta terbaru jenama Kotex®. Saya pasti akan banyak belajar dari Nad dan tidak sabar lagi untuk bertemu dan berkongsi cerita saya dengan wanita muda yang lain dalam perjalanan saya bersama Kotex® tahun ini.”



Member-ku Hawa
Member-ku Hawa
Member-ku Hawa


Kotex® Member-ku Hawa musim ke-2 juga menyaksikan dua pelakon baru – dipilih dari sepuluh peserta akhir rancangan Pencarian Gadis Konfiden Kotex® Fresh 2012, Nur Zaireen Mohd Zait dan Nor Nadia Nor Mahazan sebagai watak sampingan Siti dan Jun. Mereka menambah bahawa keyakinan diri dan pendirian teguh dalam melakukan apa yang betul dan perlu, adalah mesej kuat dan peringatan yang tepat pada masanya ketika mengharungi pelbagai dugaan harian.

    Kotex® Memberku Hawa musim ke-2 disiarkan setiap Rabu dari Jun 5, 2013, 10.00 malam di ASTRO RIA (Saluran ASTRO 104) dengan siaran ulangan pada setiap Ahad, 6.30 petang. Finale musim ini akan disiarkan selama satu jam dengan episod 9 dan 10 ditayangkan serentak pada Rabu, Julai 31.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

My Blog List

 
© Sub MHakim Faiz All Rights Reserved