Sedikit info pasal drama tu... Kepada kawan-kawan yang minat sesangat dengan drama itu.
Sinopsis:
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau
nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut
kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" - RYZAL
Sampainya hati Ryzal, hanya keran kasihnya tertumpah buat Ayu teman
baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini.
Ketika aku mengandungkan anaknya, dia menjatuhkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tidak ada siapa-siapa lagi di dunia
dan jalan yang bakal ku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan
itu. Sekaligus meletakkan akau diantara KEIKHLASAN dan KENANGAN
SEMALAM.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapu yang berlaku , kita
hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hati
abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup
abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai satu
keluarga. Abang tahu pintu hati Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana
lelaki, tapi tolonglah fikirkan cadangan abang ini." - EHSAN
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang ku cintai separuh
nyawa juga mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku
sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah
bahagia untuk aku dan anakku? Tapi aku tahu hanya pada Ehsan sahaja kami
menumpang teduh.
Para Pelakon:
Sherry Ibrahim sebagai Iffa
Ady Putra sebagai Ehsan
Nabila Huda sebagai Ayu
Shah Iskandar sebagai Ryzal
Haaa.. kat sini letak antara pic yang menarik dari drama Teduhan Kasih
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment