DCMavCNo_UXHk-1FUWacCOpWJNs Pada Orang Yang Dah Berpunya Anda Suka


Pada Orang Yang Dah Berpunya Anda Suka

on Thursday, May 23, 2013

Assalamualikum ..

Suka Pada Orang Yang Dah Berpunya


Memang saya sangat tak faham baik lelaki atau perempuan kenapa mereka suka pada seseorang yang dah berpunya? apa agaknya yang mereka ni nampak pada seseorang yang sudah berpunya? 


Paling drastik orang yang selama ini di anggap kawan malah selalu berkongsi kisah suka dan duka rupanya kawan yang sanggup menikam kawan sendiri dari belakang dengan berkasih sayang dengan pasang kawannya dalam diam.. paling drastik mereka sebenarnya dah pun bertunang ....

Saya ni selalu je cerita pasal kisah orang lain dan bilanya nak cerita pasal pengalam sendiri kan... kejap nak ingat balik pernah tak saya lalui keadaan macam tu?

Sebenarnya pernah lah jugak kan saya tersuka dengan seseorang yang dah pun berpunya pada waktu tu tapi saya tak lah sekejam yang di sangka nak merampas hak orang lain... tapi orang tu mungkin dapat baca apa yang saya fikirkan jadinya pasangan dia yang juga merangkap kawan saya bawa pasangan dia sejauh yang boleh dari saya .. kihkihkih tapi kan kalau dah memang dah tertulis saya dengan orang yang saya suka tu akan bertemu kembali pasti akan bertemu kembali... lepas setahun ( lepas kawan saya tu putus dengan pasangan dia ) saya bertemu balik dengan orang yang saya suka tu di alam maya dan membawanya ke alam realiti... 

Tapi tu lah kalau mulut tong sampah boleh lah tutup tapi mulut manusia mana boleh tutup.. sebab tak dapat nak terima kenyataan makanya kawan saya ni jajaj cerita ke serata alam maya yang saya merampas hak dia... tak apa lah kawan kita sama-sama tahu pekara yang sebenar belaku...

Sebenarnya kita mana boleh halang perasaan orang lain nak suka pada sesiapa tapi biarlah kita ianya berpada-pada jangan sampai kita kehilangan kawan di sebabkan apa yang kita mahukan itu. dan dalam masa yang sama kita merampas bahagia dan gembira orang lain. bukan ke hidup kita nie ibarat roda yang sentiasa berputar di paksinya.. mungkin hari ini kita tersuka dengan pasangan orang lain tapi esok-esok ada orang lain yang tersuka dengan pasangan kita, senang cerita itu adalah "karma"

Pada mereka-mereka yang suka sangat tersuka dengan pasangan orang lain beringatlah kadang-kadang apa yang di lihat oleh mata kita tak akan sama bila kita dapat memilikinya.. kadang-kadang benda yang indah-indah di mata kita belum tentu indah di hati kita..

Sebaik-baiknya jaga apa yang di miliki agar ianya tidak terlepas dari tangan kita hanya kerana kita mengejar sesuatu yang belum tentu jadi milik kita sepenuhnya.......



Link here to more down
JOM LAWAT MORE & Namiacinta


Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Long Cham said...

bro ada org ckp ko celup artikel ni dri blog dia


June 19, 2013 at 9:57 PM
namia cinta said...

kita nie blogger sesama blogger dan ada etika
kalau ye pun nak copy & paste apa salah bg backlink kan
tapi kan kalau entry yang di copy paste tu merupakan entry berbayar agak2 ada tak kesan pada orang yang menulis entry tu ..

#fikir-fikirkn lah ye .... bye2 ...


June 19, 2013 at 10:11 PM
Unknown said...

pakai template thesis pun nk copy jugak ke? harap2 jwblah yea


June 19, 2013 at 10:32 PM

My Blog List

 
© Sub MHakim Faiz All Rights Reserved