DCMavCNo_UXHk-1FUWacCOpWJNs Memey Suhaiza Ambil Keputusan Untuk Terus Bertudung


Memey Suhaiza Ambil Keputusan Untuk Terus Bertudung

on Sunday, May 5, 2013

dfds-(1).jpg


Sebelum ini menerusi artikel terdahulu, ada memaklumkan mengenai perubahan penampilan pelakon, Memey Suhaiza yang mengenakan tudung apabila ke hari sukan sekolah anak tirinya bersama Norman Hakim dan Abby Abadi. Dan akhirnya, Memey telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya secara kekal selepas memikirkan perkara ini sebaiknya.

Menurutnya, selepas beberapa hari mengenakan tudung, Memey berasa semakin selesa dan tidak lagi janggal dan berasa beliau patut melakukan perubahan tersebut dan gembira dengan penampilan terbaru beliau ketika ini.

mmey2-(1).jpg

Tambahnya, suaminya Norman Hakim juga merupakan antara insan yang paling gembira diatas perubahan yang dilakukan oleh beliau. Memey juga turut akan kembali berlakon sekiranya ada tawaran yang bersesuaian dengan penampilan terbarunya ini.
 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

My Blog List

 
© Sub MHakim Faiz All Rights Reserved